Lysda kata nak makan kek, ketam , pavlova. So aku pun nak share lah ketam yang diceritakan mengganggu gugat selera makan beliau tu. Aku pun hairan ape je yang best dengan ketam ni. Dah-dah, tengok dulu resipi ni ~
Bahan-bahan (A):
- ketam : 1 kg (tengok lah atas berapa orang nak makan serta nafsu makan masing-masing)
- serai : 3 batang, diketuk.. ataupun bahasa Chef adalah dititik =.="
- daun kunyit : 2 helai
- garam : secukup rasa *jangan banyak sangat
- gula: secukup rasa *sesudu cukup dah
- asam keping : 2 keping
- lengkuas : 3 cm <-- yang ni kena belasah/tumbuk sedikit
- santan pekat : 300ml
- air : 1 gelas * tapi lebih sikit pun ok je.
Bahan-bahan untuk dikisar (B):
- bawang merah : 10 ulas
- bawang putih : 4 ulas
- halia : 2cm
- kunyit hidup : 4cm
- cili padi : 10 biji *ni kalau nak lagi pedas,tambah sendiri
Dah tahu bahan, so nak tahu pulak cara kan? So cara nak masak sangat simple
- Mula-mula bersihkan ketam *spesifiknye aku, lepas cuci bersih ketam dibelah kepada 2 bahagian.
- Campur semua bahan-bahan A dan B kecuali ketam ke dalam periuk, lepas tu kacau la perlahan-lahan hingga mendidih.
- Kelainan kat sini, aku ambik ketam dan sedikit bahan B serta serai. Lepas tu aku sumbat la kat dalam isi/kulit ketam tu sikit.. Kemudian aku stim kan. Kalau ikut resipi asal, lepas je mendidih ketam tu boleh dimasukkan ke dalam periuk. Cuma kat sini aku ubah. * korang yang x berani cuba, baik cuba resipi asal lah.
- Untuk bahagian kuah tadi,aku biarkan sedikit pekat.
- Selepas ketam masak, kuah pun dah pekat. Boleh la hidang, makan dengan nasi atau just ratah je.
![]() |
Gambar dah nampak macam periuk kera pun ada dah tu. |
Cuba la kalau berani 3=)
Terlekat Melekat : Pavlova, Blueberry Cheese Cake pulak lepas ni. Tapi dalam masa terdekat ni aku x buat benda-benda ni so gambar kalau ada dalam simpanan, aku upload. Kalau xde, aku pinjam Inche Google jelah. Cuma aku ikut cara aku dalam penyediaan.
0 blogger kaki gosip:
Post a Comment