Friday, 18 November 2011

Berlalu pergi~

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Semalam ada buat majlis,
mula pukul 2 petang dan tamat malam,
aku x tahu malam tu pukul berapa sebab tengah malam pun ada lagi yang datang,
ye la..petang-petang kan kerja ~~~

Dari malam tu sibuk siapkan bunga telur dan doorgift,
esoknya pulak tolong ibu monitor tempat tetamu,
macam-macam kerja lah pulak buat *aku ni mengadu ke ape? entah la~

Tengah-tengah tolong, periuk jatuh atas kaki la,pisau tertusuk kat lengan la,
macam-macam tapi ibu dan baba buat muka x dek nafsu je,
so aku tahan sakit sorang-sorang la,

"Zue, dah la tu buat kerja. pergi rest,petang nanti awak tu jugak yang letih",

"ye Mak Lang...", dengan sepantas kilat aku menurut perintah *baik dak aku?wakakaka

"haa Dhiya, awak pun pergi rest. kerja dah x banyak ni, biar mak cik suruh anak-anak dara kat luar tu pulak yang buat",

"ok, Dhiya pun nak mandi jugak ni",

"hah?suruh anak-anak dara pulak? fuhhh~~~",

"kenapa siap fuhh tu Iera?", tanya Mak Lang

"yelah,kiranya Iera pun boleh rest jugak la. Iera x tergolong dalam golongan anak dara dah",  =.=

Sepantas dentuman guruh, aku tunduk.. Entah kenapa,spotan begitu.. "ye,awak pun.pergi urus anak tu. dah bangun Mak Lang rasa",


---------


Lepas je berendam, badan yang letih rasa macam bertenaga balik. Tapi nak tolong balik kat dapur,macam berat pulak. So buang masa fikir nak pakai baju pukul berapa,fikir itu dan ini. Tengah-tengah duk keringkan rambut depan cermin, bunyi pulak orang ketuk pintu. Hurm, ibu la ni.. Pantang sangat tengok aku rest~!

"masuk la...pintu x kunci,ke nak suruh Zue bukakan jugak...",

 "Zue...iron mana?",

"owh Dhiya, iron kat luar tu Zue simpan dalam stor bawah tangga.erm,ambik yang Zue jelah,kat dalam almari tu", kata aku dan Dhiya pun masuk ambik. "thanks, pinjam ye", lalu Dhiya berlalu pergi.

Aku pun pandang balik ke cermin, sebab tadi aku tengok dia sambil aku keringkan rambut dengan tuala. "err,aku pakai towel je depan dia????? wahh...........!!

So lepas tu aku pun pekena la jeans dan baju tee je *bak kata ibu,baju aku macam kain buruk!
Then aku pun turun la pergi bilik bacaan, aku tengok Lyn ada kat situ. "cehh,mesti lari dari wat keje ni", detik hati aku walaupun aku tahu dia sebenarnya sibuk layan saham. Dan aku pun kacau la dia,cerita pasal Dhiya tengok aku pakai towel je.

"ahhh jelesnye...Lyn pon nak jugak tengok",

"kau gilo eyh? orang serius ni"

"ayah su,as long as pusat macam perigi buta tu x nampak,so x pe lah kan.. bukan aurat pun. tapi kalau Lyn la kan, Lyn iron je baju dalam bilik ayah su",

"pe hal pulak?",

"sebab Lyn baru sekali je tengok ketul-ketul 6 bersaudara tu..tu pun masa mandi kat Lagoon ari tu je"

"ahh malas ahh layan orang x center ni..", aku pun berlalu pergi.

--------

Majlis berlangsung, kanak-kanak la paling happy sebab ada permainan dan siap ada beberapa orang badut lagi melayan. Tapi twins, alahai... Sensitif je semalam. Dengan Sara yang pantang orang nak dukung, mesti nangis je. Kecuali kami-kami ni je lah yang dia ok. Dan Muhammad pulak pantang oarang bagi barang dan orang nak balik,memang nangis la dia. Kata Cik Nget, Muhammad ni x nak orang buruk siku. Pandai Cik Nget ni... =.="

Ibu la orang yang paling banyak bersedekah,yelah senyuman x lekang dari bibir. Nasib baik lah saudara belah baba sanggup datang nak tolong-tolong. Baba? Dia ada... tapi biasalah orang sibuk~ Ramai la jugak kawan-kawan dia datang.

Mini stage dibiarkan kosong saje selepas penyampaian hadiah untuk individu terpilih. Masing-masing melayan makanan yang best-best. dah macam pasar malam dah dengan jenis air yang banyak jenis. Terbaiklah catering ni~!

"x best pulak la kalau x ada hiburan kat stage ni kan. apa kata kalau kita jemput anak bongsu Abang Din dan Kak Iva, ikutlah nak buat apa",

Dengar je aku terus lupa yang aku anak bongsu tersebut. "ayah su,pergi la...",

"ehh...aku ke..ehh..yelah...eh..ehh...", lebih kurang macam tu la ayat aku. "aku nak nasyid ke apa ni,semua x
nak join...ahhh stress!", detik dalam hati. Aku memang x suka stage!!!!!!!!!!!

"erm... saya x tahu ni nak buat apa sebenarnya...", aku rasa ayat aku tu langsung x lawak,tapi kenapa "penonton a.k.a peminat" dibawah galak? =.="

"ahh,bodek ni...nak projek leteww", detik hati aku. "kejap ye..", aku turun stage dan lari dalam toilet. Ahh ni lah masalah aku... stage...hurm~~~

Keluar je dari dalam toilet,aku pergi kearah baba tapi kawan dia ada. "baba,please tepuk bahu zue sket..lemah lutut dah ni", aku cakap dalam hati.

"anak ke ni abang din? membesar dengan jayanya..", kata kawan baba. Then aku pun compare la badan aku dengan anak kawan baba. "kalau baba kata anak kawan dia membesar dengan jayanya memang logik la..memang jaya pun tu",aku senyum kat budak entah umur berapa.

"hensem turut abang din ni... good-looking", tambah kawan baba *aku bukan nak puji tapi aku taip apa dikatakan ye :)

"nak projek jugak pakcik ni...aishh...tapi betul ape...", detik hati aku lagi sambil betulkan baju.

"zue,p la nyanyi ke apa nuh.. boleh aihh...",

"nyanyi?hurm...ye...tepuk la dulu", lalu baba pun tepuk la.. aku pun menuju ke stage.

Nak nyanyi ape entah ni.. Lalu aku pun pergi ke tepi,bukak la list lagu paling ringkas dan pendek. Bukak -1 dan sumbat earphone dalam telinga.. Maka...aku pun nyanyilah lagu...

Sebenarnya x de kaitan pun dengan berlalu pergi macam tajuk tu kan? Aku sebenarnya nak cakap yang mood rajin aku dah berlalu pergi. Tu je, thanks la baca...


Terlekat Melekat : lagu ape ye..aku just tahu tajuknya permaisuri..lagu baru...huhu.. *ehh ada typo banyak dak kat atas?



Ye ni la lagu yang aku nyanyi tu..ringkas kan? Pendek je pun, tapi x la sesedap Adi nyanyi. Tapi sebelum nyanyi aku dah cakap "abang, x yah rakam la yang ni".. so abang tu off,tu yang aku nyanyi :)

4 comments:

  1. lepas nyanyi baru terfikir...
    lepas tu terus cakap "ehh Dhiya..ermm tadi tu kan,yg lagu tu..."..

    "ye tahu,x terfikir pun kan...", kata Dhiya..

    *seram je Dhiya ni..macam scanner

    ReplyDelete
  2. tak suke ADY PUTRA ..!! #FULLSTOP .. XD

    ReplyDelete
  3. errkk sape lak kata suka..nk citer pasal lagu tu je..lalalalala

    ReplyDelete

AJK Stor