Monday, 7 November 2011

Phak Thung Sang Ka Ya

.... | Assalamualaikum , Salam 1 Malaysia | ....

Sesiapa yang pernah ke Thailand dan tahu tentang pencuci mulut Phak Thung Sang Ka Ya ni mesti akan teringat betapa cun rasa pencuci mulut ni. So sekarang tak payah susah-susah nak ke Thailand semata-mata nak makan pencuci mulut ni. Karang korang pergi, tapi orang lain yang bawa balik korang.

Hari ni kebetulan aku memasak, so aku mulakan dengan pencuci mulut. Kalau rajin cuba :

Bahan-bahan :


  • Labu : 1 biji *pastikan juga jangan terlampau tua/muda.
  • Telur : 4 biji *ayam atau itik (itik rasa lagi best dan warna lagi gelap)
  • Santan : 250ml
  • Gula Melaka : 150gm
  • Perasa : Secukup rasa *gula dan garam
  • Vanilin : 1 sudu kecil *untuk hilangkan bau hanyir telur
  • Daun Pandan : 4 helai
  • Santan Pekat : 1 kotak

Cara - cara :
  1.  Labu dibasuh,dipotong bahagian atasnya,dan buang biji. 
  2. Bancuh semua bahan (kecuali labu), ramas dengan tangan... sampai gula hancur. 
  3. Tapis dan masukkan kedalam labu tadi. 
  4. Tutup permukaan atas dengan foil ( supaya air x terkena atas labu ataupun boleh balut je tudung pengukus dengan kain)
  5. Kukus dengan api sederhana selama 45 – 60 minit.. tengok besar mana labu tu. Guna microwave pun boleh.
Tips :

  • Pada cara-cara (no 2) aku kata ramas dengan tangan kan? So sila ramas dengan tangan,kalau x dessert korang x menjadi punyalah.
  • Lepas buang biji labu,basuh labu tu. Tapi pastikan masa nak letak filling,air memang xde dalam labu. Pastikan kering. Kalau x, labu dengan filling x attach.
  • Jangan over-cooked pulak, karang labu korang pecah
  • Nak pastikan filling masak, cucuk dengan lidi.
  • Kalau guna microwave, masak 15 minit dah cukup.


Selamat mencuba!

X rugi tu memang confirm lah =) So x payah dah nak pergi Thailand kan? Buat sendiri je. Kepada girl, pikatlah hati suami anda dengan air tangan anda~!

Terlekat Melekat : sakit kepala tetiba pulak dah ~ 


*harap ada la makcik-makcik yang baca ni, ada la peluang nak jadi menantu~

2 comments:

  1. sedap 2...blh cuba ni.. ;)

    ReplyDelete
  2. sila cuba..mmg post nak suruh org cuba pun.share kenikmatan..kesedapan..*feeling gila lah cara sy ckp nih..haha

    ReplyDelete

AJK Stor