Selamat Hari Raya Aidiladha semua, ada pening-pening dah ke? Kan semalam aku dah pesan jangan makan daging banyak sangat.
Hari ni aku pun pening, bukan sebab makan daging tapi ni kes melapah daging. Balik je terus membuta atas kerusi dari pukul 11 pagi hingga la 2 petang, bangun solat lepas tu makan jap. Masuk bilik aku nampak macam bolster aku tu dah jadi macam sorang awek cun *benda nak best je .. sedang melambai-lambai,menggoda untuk aku baring disebelah. Maka tergoda la pulak aku dari pukul 3.30 petang dan tersedar selepas diketuk manja oleh ibu beberapa kali. Bukak je mata tengok jam, 5.40 petang dah so cepat-cepat la kejar Asar pulak.
Lepas Maghrib pula *aku ni dah macam bagi report harian pulak dah , aku dapat la call dari sorang kawan aku bernama Lysda *ejaan nama nak gempak je minah ni.
"zue...boleh x yang aku mintak ari tu?"
"apa.......", *sambil buat kerja
"pavlova,kek,ketam...",
"aku sibuk sket la, kau nak beranak bulan 12 kan. nanti lah...."
"tapi aku memang mengidam sangat ni..pliss la.."
"ye,tp aku x janji.."
"zue..kalau aku x sempat rasa masakan kau and anak aku ni selamat lahir.. kau cakap kat anak aku yang aku suka makanan yang aku nak tu ehh...cakap kat dia aku teringin sangat...."
"ye.............................aku buatkan! ish..dah2, aku nak buat kerja ni.nanti suruh laki kau contact aku,bila nak date"
=.=" pavlova.... x susah tapi lama..ahhh..Kenapa aku juga sasaran mereka. Aku bukan Chef Shers yang pakar memasak !!
"zue..bangun lah...", Qashah menarik kuat tangan aku. Selagi aku tak bangun, selagi tu lah dia akan terus menarik. Aku bukak mata dan tengok dia, lalu aku tengok pulak jam yang tengah terkedek-kedek memutarkan jarum. 3 pagi, memang terbaik~~~
"apa hal?", aku tanya sambil angkat kening ala-ala Ziana Zain, konon nak bagi takut
"aku stress la, tolong la dengar...",
"emm...cakap jelah apa"
"bla3............................................................................................." , sekian
Aku tengok balik jam, 6 pagi.. Aku senyum sendiri, lalu aku bangun dari katil. Kemaskan katil dan berdiri..
"arghhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!! sekarang aku lagi stress!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!", lalu Qashah lari keluar bilik.
Kenapa jam 3 pagi? Kenapa aku? Aku bukan DR. Fadzilah Kamsah si pakar motivasi...
Korang tahu kenapa aku selalu jadi mangsa? Sebab aku bagus.. *angkat bakul. Aku happy bila kawan-kawan aku happy. So aku bertuah sebab mereka ada.. membuatkan aku rasa aku lebih bertuah dan special.
Terlekat melekat : sepanjang taip entry ni,aku tak tahu apa aku fikirkan..seolah-olah ada remote yang kawal jemari aku...ahhh..zzzZZZZ~
Berapa banyak babi la disembelih sebab nak hidung ni. Tapi kenapa hidung? Lagi berlemak ke macam mana? Pupus la babi ni nanti, kompem anak-anak aku x kenal dah apa tu babi... aish.. |
ape kaitan melapah daging ngn idung babi?
ReplyDeletesekeh nak...????
melapah daging memang la xdek kaitan ngn hidung babi.. tapi..ermm.. sbb pic tu buat sy kena tgk 3x baru sy perasan tu hidung babi,so sy masukkan la.. :p
ReplyDelete