Monday 21 November 2011

Aku pun nak weh~~!

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....




Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana memperoleh emas dalam bola sepak yang baru je tamat tadi. Semestinya beberapa minggu ni kita akan dengar nama ketua pasukan iaitu Bad diangkat sebagai wira selepas menjaringkan gol penalti terakhir, dan juga telah memikul peranan sebagai ketua dengan cemerlang.


Kira kita ni terbaik Asia la kan? Ke macam mana?


Tabik lah dapat main kat padang lebih dari 100 minit. Kalau la aku,memang terketar kot lutut ni. *mungkin sebab tu la aku bukan pemain bola.. T_T


Dari mula permainan, aku bukak pintu bilik sebab nak dengar suara baba yang tengah tengok bola dengan Haiqal. Aku baring jelah sebab x sihat~~


Bila seri 1-1 dan masa dipanjangkan, aku yang menunggu ni pun rasa letih. So pemain lagi la letih kot kan. Dan masa penyampaian pingat aku pun dengar la, 


"ala...kesian Izzaq. Sakit dia..", dari mulut ibu. Ye.. memang aku tahu dalam ramai-ramai pemain, ibu memang suka Izzaq. Pernah aku tanya kenapa x suka Yong ke, Muslim ke, Apek ke.. Tapi katanya ,


"atas rumah ni ada orang kulit cerah je.. ibu nak jugak la tengok yang hitam-hitam tapi manis ni", 


Sentap jugak la aku, high taste jugak ibu ni. Tapi aku x nafikan la memang Izzaq tu sweet ape mukanya. So kalau tu taste ibu, yang gelap-gelap..maka ramai la pemain Indonesia yang ibu suka kan~~


Bila habis, macam biasa la kan semestinya kamera-kamera akan mencari wajah yang frust. Itu kebiasaan lah, dah adat permainan kena jugak la terima.


----------


Tengah mereka tengok bola, perut aku ni pulak bergendang x sudah. Lapar ada,sakit ada, macam-macam rasa dah. Nak bangun memang x larat lah tadi, rasa semua benda bergerak. 


"abang..makan sikit, nanti masuk angin",


Perghh, Dhiya ni memang scanner la. Tahu je dia aku tengah kebuluran, wat masuk pulak hidangan lengkap la bagi aku. Dengan potongan buah-buahan, udang tempura, nasi putih, kimchi dan sedikit sup kosong. Kalau dia bagi aku nasi campur pun memang aku telan lah kot, memang kebuluran!


Pagi x makan,lepas subuh memang tidur balik sebab sangat x ada tenaga rasanya. Bangun je pergi dapur, sebab semua orang x de. Tengok je atas meja just ada teh dan wagashi (kuih) yang ibu buat. So makan la, alhamdulillah kenyang jugak. So buat kerja sebab minggu ni kena naik Brunei sebab Jumaat atau Ahad minggu depan memang ke berangkat ke Beijing. 


Menunggu semua balik sebab aku x de mood nak memasak ~~~~~~~~~~! *Lambat, so aku tertido lagi.


Bangun je dah ada orang, dan dah ada makanan. Yess~! So pergi la dengan penuh bergaya sebab nak makan kan... Tengok-tengok just ada sushi ~~~~~~~! Wutthe ni heyh... Frust la sebab ingat ada la makanan yang sesuai dengan tekak aku.


"ibu...nasi?",tanya aku


"ni pun dah boleh ganti nasi la sayang", jelas ibu


"ala...nak nasi..sedih tol", sambil buat muka kesian tapi ibu langsung x berminat. Semenjak tahu aku bukan anak tunggal ni,terasa diri terabai lah pulak *errk, tu ugut ke just ayat kesian?


So makan la, ada la beberapa jenis sushi tu. Cecah dengan sos wasabi dan sos yang ibu buat sendiri. *rasa kenyang gak tapi buat-buat x kenyang.


"Dhiya,makan la", kata ibu tapi dia geleng. "Dhiya x makan sushi, memang nak try tapi belum masa lagi la rasanya", jelas Dhiya lembut...


Yessss~~~! Ada peluang cerah aku nak makan nasi ni. Harap-harap la Dhiya nak nasi (~_~). So aku pun tengok Dhiya keluarkan la benda-benda dari peti, mungkin nak buat lauk kot. Then Dhiya bukak dapur, tapi kenapa Dhiya bukak tempat bbq?


"Dhiya nak buat apa tu?",tanya aku


"Dhiya nak bakar tiram,ketam ,ayam,  bla3 ...",


"nak makan dengan nasi ke?",


"x la abang, ratah je", selepas ayat tu keluar memang terus sedih rasa. So aku pun pergi la kat tempat Dhiya, ambik satu tiram yang belum dibakar dan perah lemon sikit dan aku terus makan. Tu tanda geram~! *ada ke geram macam tu?




-------


Sambung kerja balik *aku ni dah macam tulis rutin je. Jack membebel sebab aku x jaga diri, nampak sangat sayang aku..cececece~~ Tapi rasanya dia bebel bukan sebab sayang aku, tapi x nak kerja tertangguh je. Lepas tu solat dan aku tertido lagi, dan bangun solat dan tertido jugak lagi. Banyak betul aku tido, tambah lemak jelah kerja aku.


Dan lepas tamat bola, aku pun hadap la balik facebook.. 


"ada orang tag photo..ape ye...", aku pun tekan la... 


Then.... wahhhhh~~~!






Tanpa fikir panjang terus aku jadikan DP. Bagus betul dia tu nak buat benda ni, aku memang suka orang bagi kat aku benda-benda gini. So dia dah tunjukkan dia tahu buat benda macam ni, maka lepas ni bertimbun la kerja untuk dia. Bagus~! Dan terima kasih ye... Terima kasih daun keladi, esok lusa dan seterusnya buat la lagi =)


------

Akhirnya aku pun update la jugak blog malam ni,walaupun banyak membebel dari ulas pasal bola. Nak ulas apa lagi la kan sebab semua dah tahu... =) 


Terlekat Melekat : mengantuk lagi..lagi..lagi...nak tido.#kbai

3 comments:

  1. dhiya 25yrs old called u abang..

    i baru 24..

    supposly called u abang jugak laa kan??


    hye a..............................................................................................................................................................................................................................................wak..!

    ReplyDelete
  2. alahai..

    tak display abes plak komen tu..

    kene maximise windows.. :p

    ReplyDelete
  3. tahu xpe..nampak sket sy ni matang,bukan tua ye..


    apa x nampak habis?habis je sy rasa

    ReplyDelete

AJK Stor