Thursday 10 November 2011

Bila Malam

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Tengah-tengah buat kerja,mata pun dah layu je.Semua orang x hirau aku,semua ada cerita masing-masing. Sambil menanti kelibat Cik Nget yang aku rasa sudah bergelen air liur dia hasilkan, karangan mimpi dah boleh buat filem box office. Geram!

"tap", bunyi mug diletakkan di meja aku. Aku dongak kepala,lalu aku senyum dan angguk dan dia pun pergi. Seorang gadis,nampak macam gadis kampung. Serius aku pun belum kenal sangat dia, setakat nama panggilan tu aku tahulah.

Aku teringat Iman di UK,apa khabar dia disana. Saat dia bercerita tentang sepupunya bernama Dini dan Dhiya, aku hanya tersenyum lebar mendengar karenah dua kanak-kanak yang sangat bijak. Pernah aku terdetik, "cantiknya nama Dhiya ni..kalaulah....",

------

Petang tadi,

"Assalamualaikum..",

"Waalaikummusalam, dah sampai dah orang jauh ni..", jemput ibu di muka pintu. "Zue,tolong angkat beg ni. Tunjukkan bilik tetamu ye", pinta ibu lalu aku hanya menurut. Angkat beg dan dia membontoti aku hingga ke bilik tamu, dihadapan bilik aku. Patutlah ibu letak bunga segar,rupanya ada tetamu. Aku masuk ke bilik dan pasang air-cond, "awak nak mandi?", tanya aku dia hanya angguk lalu aku buka paip dengan air sederhana lajunya untuk memenuhi jakuzi tersebut lalu aku tuangkan beberapa titik wangian aroma terapi yang boleh buat mind ni relax. Lalu aku pun menuju ke pintu untuk keluar dari bilik tersebut sebab aku tengok muka dia macam x selesa.

"saya Zuemiey, panggil Zue", kata aku sambil menarik daun pintu lalu senyum

"saya Dhiya, panggil Dhiya", dia balas senyuman aku

"Dhiya...", hati aku terdetik!

----

"ibu,tu calon baru untuk bini baru baba eh?",

"ish,kan baba marah hari tu kita carikan wife baru untuk dia.."

"habis tu Dhiya tu?anak angkat ibu?kawan?saudara baba?", soal aku bertalu-talu

"tu calon menantu ibu...", "ibu.... x nak la paksa-paksa macam ni...", protes aku.

"Zue, setiap kali ibu bawakan calon..pernah ke jadi? sellaunya akan berakhir dengan status kawan. So sama la macam yang ni,kawan-kawan jelah dulu,mana ada ibu paksa"

"ok,ingat tu ibu...jangan paksa..", aku berlalu


-----

"Zue,sibuk lagi ke?",tanya Dhiya kat aku. Tadi dia hanya bagi aku air,sekarang dia datang duduk di kerusi depan aku.

"sikit la,kenapa?",

"boleh tolong selesaikan word puzzle ni x?... sorry,entah ape-ape je kan?",

"xpe-xpe, bak nak tengok.. owh ni....", dengan tekunnya aku buat

"kenapa x minum lagi susu tu?nanti sejuk x sedap",

"terlampau panas tadi,biarkan suam dulu",

"owh hulurkan cawan tu,Dhiya tambahkan air sikit", aku hulur lalu Dhiya berlalu ke dapur

"macam Sara...", detik hati aku lagi dan lagi. Ahh Koreanya jalan cerita aku nih. X leh blah!


-----

"kerja, facebook, blog?",

"yup,wea?",

"mana satu Zue fokus?semua berfungsi ke sekarang?",

"ketiga-tiga.yup! kerja tengah buat, facebook pulak tungguk Cik Nget, blog pulak saja-saja",

"Cik Nget tu siapa?", tanya Dhiya

"ehh Dhiya,ibu ada cakap apa-apa ke pasal Zue?ada cakap untuk apa Dhiya datang?", lari topik

"suruh kenal-kenal dengan Zue..",

"ibu...ibu...mentang-mentang la aku nak gadis ala gadis kampung gitu,dia bagi betul-betul gadis kampung ke ni?", berbicara dalam hati. "Dhiya umur berapa? Study kat mana? ",

"masuk 25 tahun dah. Dah habis pun study,agak lama dah la",

"Study kat mana? SPM? STPM? IPGM? ", tanya aku *aku pun x pasti kenapa aku tanya!

" Concordia University. Master in Economic",

"uhukkkk!", terbatuk sambil slurpppp air susu suam

"sorry Zue, Dhiya memang x bijak berkata-kata sebab tu x sangka kot kan?"

"ehh Dhiya, don't get me wrong. Zue xde niat pun nak fikir ape-ape, Zue tanye je", =.="

"xde apelah, Dhiya kan memang pendiam macam ni so memang yang x kenal akan ingat lain", Dhiya senyum

"patutlah..budak eco memang gini..",

"apa Zue?",

"hah?owh..ekor dalam English ape dah ye.." , =.="


Terlekat Melekat : jangan over-judge !

2 comments:

  1. aummm...

    kalau dhiya gadis bandar..
    tp perwatakan ala kmpung..

    sgt2 menarik laa kan?



    mlm td mmg bergelen air liur basi terhasil..

    T__T

    ReplyDelete
  2. x tau lah tu bandar ke x..tp perwatakkan tu mmg kg lah...


    agak dah...sadis tol

    ReplyDelete

AJK Stor