Tuesday 29 November 2011

Buat aku berfikir

....| Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Terasa nak sambung pasal nyanyuk tapi aku rasa ada lagi topik hangat dalam kepala aku berbanding topik nyanyuk.

PRU 13 (betul ke x entah tuh) x lama dah. Aku pun kena mengundi jugak,jalankan kewajipan sebagai warganegara yang setia kepada negaranya. Tapi yang mana satu aku kena pilih antara dua yang dikatakan agak berpengaruh?

"politik sekarang,kalau x kotor tu bukan namanya politik", ni kata-kata dari seorang sahabat aku. Dan aku mengiyakannya.

So x ada sebab aku nak puji satu dan kutuk satu. Kalau aku puji, dua-dua aku puji dan sama jugak kalau aku kutuk. Aku lebih suka diam dari bercakap sebab bila bercakap aku tengok banyak keluar yang silap dari yang betul.

Aku suka anak muda sekarang ni tahu pasal politik,tapi yelah jiwa orang muda yang bergelora. Bila bercakap ikut sedap mulut saja,tu pasal aku x suka nak bercakap pasal politik memandangkan aku sendiri x tahu nak pilih yang mana.

Senang je keluar "parti tu munafik , fasiq , bla3", uihh apa tu. Jaga sikit mulut kita tu,berpada-padalah dalam semua benda. Aku memang meluat tengok orang yang bajet bagus dalam pemahaman politik tapi sebenarnya dia hanya pak turut. Pencacai.. Lembu... Otak hilang kena curi dengan zombie *kalau zombie bagi kat aku otak orang macam tu, aku lempar je kot...


------


Persahabatan, bagi aku bila cakap pasal relationship dalam persahabatan ni aku just terfikir menasihati supaya lebih elok.

Tapi pelik jugak aku bila orang salah ertikan benda macam tu, so aku pun buat keputusan untuk diam jugak.

Bila kawan baik dengan kita,jangan la kita pijak kepala dia. Tipu dia lah,kelentong sana-sini. Kena pakai agak la sikit kalau nak orang berkawan lama dengan kita. Jangan sampai orang yang sayang kita, sebelah mata pun dia x pandang dah.


-------


Bila aku buat entry ni pun aku berfikir jugak.Yelah kenapa aku buat entry ni sebab aku mula menaip seawal jam 8 malam dan sekarang 1:14 pagi.. Kenapa lama sangat? Ehh?


Terlekat Melekat : zombie x carikan lagi aku otak baru..ceit!

3 comments:

AJK Stor