Saturday 26 November 2011

Kita makan racun?

....| Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia |..


Mungkin aku je baru tahu sebab aku x ambik tahu, dan mungkin korang dah tahu.

Dalam Malaysia ni berapa kerat je yang x suka makan makanan segera (macam ibu aku). Yang bekerja tu kalau boleh semua benda nak segera. Nasib baik la anak x ada yang segera kan? Kalau x, ambik bancuh siap sorang anak~!

Malam ni aku bukan nak cerita pasal potato chips, bukan juga nak cerita pasal KFC mahupun Mc' Donals sebab aku pun layan jugak benda-benda tu. Aku just nak cerita benda simple, yang semua orang pernah makan rasanya terutama sekali budak-budak yang duk asrama. Siap buat dalam baldi lagi..

Yup mee segera, aku x cakap maggi sebab tu jenama.. Aku cakap mee segera yang paket-paket tu.. Nak makan bancuh air panas.. 3 minit boleh siap. Yup yang tu... Last aku makan mee segera ni masa pergi Korea masa cuti tingkatan 4, so sekarang umur aku dah 25 keatas dah. Lama dah tinggal mee segera ni walaupun iklan memukau dan cuba untuk menggoda.

Hah makan pun makan jugak, tahu ke apa bahan dalam tu? Aku bukan nak cakap pasal perencah tu, aku nak cakap pasal mee tu. Yang rangup tu, tahu ke apa bahan ada dalam tu? Kalau tahu tepuk tangan sebab korang ambil tahu,tapi aku ni x ambil tahu jadi aku baru tahu. Mungkin ada lagi yang sama macam aku, so aku nak share lah ni.

Bahan yang dibenarkan dalam mee segera korang boleh tengok kat plastik dia. Antara bahan bukan makanan yang dibenarkan masuk ke dalam mee segera adalah :


  • Kalsium Sulfat : Kapur Paris
  • Asid Tartarik : bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk putihkan cermin. Bahan ni lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.
  • Kalsium Oksida : digunakan untuk merawat sisa buangan dan dalam racun serangga
  • Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ) : bahan berasaskan petroleum, satu bentuk butane iaitu cecair dalam pemetik api.
  • BHT : risiko karsinogen dan memberi kesan berbahaya kepada ginjal
  • Propyl Gallate : xenoestrogen (sebatian seperti hormon), boleh memberi kesan sampingan kepada pembiakkan, perkembangan janin yang sihat, dan menghalang pengeluaran sperma.
  • Pentasodium triphosphate : bahan pencuci,bahan samak untuk kulit, juga digunakan dalam pengeluaran kertas,penapisan petroleum,aplikasi gelombang dan rawatan air.
  • Propylene Glycol : pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk bahan pendingin,antibeku automotif,dan sebagainya. Jika jumlah diambil berlebihan, ianya akan merosakkan buah pinggang.
  • Polydimethylsiloxane : digunakan dalam kanta sentuh,syampu (utk jadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.
  • Pewarna tiruan seperti Sunset Yellow FCF dan Tartrazine : menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak, gangguan visual dan pembelajaran, kerosakkan saraf dan mungkin penyebab kanser.



2 comments:

  1. puuu...


    tetiap minggu makan racun..

    patut laa asik sakit kepala ngn sakit perut je..

    ReplyDelete
  2. puu cecube ler bubur laks..lol *promote

    ReplyDelete

AJK Stor