Sunday 27 November 2011

Pengalaman itu guru kepada hidup

....| Assalamualaikum , Salam 1 Malaysia |....

Semalam rancang nak keluar esok ke mall nak cari glue dan bahan-bahan nak buat craft berasaskan kertas memandangkan tangan makin gatal je sehari dua ni. Tapi lain pulak jadinya, tup-tup hari ni jugak aku keluar.

"demam lagi ni Dhiya", kata aku sambil baca suhu takkala mesin measure temp tu berbunyi. Bingit!

"emm..", katanya malas sambil pejam balik mata

"ada nak makan apa-apa x ni?",tanya aku *aku kan baik

"something yang sejuk...",

"duduk la dalam peti ais,sambil kunyah ais.. sejuk gak tu", sambil pandang Dhiya. Cuba melawak tapi x menjadi.. =.="

"tutti ada x? terasa nak makan yogurt sejuk kat tutti",

"bersiaplah,bangun-bangun", walaupun kedai tu agak jauh. Tapi kesian dekat dia,aku pun rela jelah walaupun kaki aku berdenyut lagi.

---------

Sebelum kami ke Tutti, aku singgah la beli barang kejap. Nak mencari glue,board dan beberapa barang lain. Dhiya just nak tunggu dalam kereta so aku x matikan enjin sebab nak biarkan air-cond terpasang, so aku chow secepat mungkin. Cari la barang tu, ambik semua dan ke kaunter pembayaran. Siap semua aku bergegas ke tempat parking kereta.

Dari jauh aku nampak pintu kereta terbuka, ada seorang perempuan lingkungan 50an depan kereta aku. Makin la cepat aku jalan,mana tahu jadi apa-apa. Betul-betul depan kereta aku, aku tengok Dhiya terduduk. Ok dia muntah... Ada sorang lagi awek duk gosok-gosok belakang Dhiya. Aku bukak bonet dan ambik air botol dan curah atas tempat muntah tadi yang dekat dengan longkang.

"bawa la isteri pergi klinik, lemah badan dia tu", kata makcik tadi

"haa? ooo... aaa ye memang dia demam",

"pregnant ke?", tanya salah seorang lagi awek

"abang nak tisu..", pinta Dhiya sebelum aku bukak mulut. Fuhh~~~~

--------

(Dalam kereta)

Aku terus ke klinik, dan Dhiya kena tahan kejap nak masukkan air. Agak lama jugak aku merayau sekitar tu, last sekali melekat tempat advertisement bab pregnant. *gatal pulak tangan. X lama lepas tu Dhiya keluar, muka ok sedikit dari tadi. Lepas bayar-bayar semua masuk la kereta, macam lelaki-lelaki lain aku tolong la bukakkan pintu untuk Dhiya. Tapi aku pelik kenapa ada orang tengok pelik, before masuk kereta aku pandang la seluar aku kot-kot x zip ke...  =/ Tapi x dek pulak..Hurm....

Aku serba salah nak balik rumah terus or teruskan macam plan ke Tutti. Tapi tengok Dhiya dah lentok, aku pun terus pusing balik ke jalan nak balik rumah. Cuaca pun ok je.. Nyaman..

"nak Tutti....", suara Dhiya tiba-tiba kedengaran. Dan siyes memang terkejut lah, nasib mulut boleh control.

"kan lemah lagi tu..nanti ok kita pergi k?",

"x mau.. nak sekarang...",

Perghh~~~ Manja lah pulaks! Aku pun U-turn balik dan ke Tutti.. Frankly speaking ni first time aku ke Tutti, banyak kali jugak aku dengar Qashah duk sebut Tutti. Katanya kopak poket nak bayar Tutti untuk "girls" tengah-tengah bulan. So aku pun masuk, Dhiya ambil sendiri dia punya aku pun ambik sendiri. Aku tengok kebanyakkan orang pergi macam makan x habis je, so masa nak ambik tu aku tengok benda tu macam memuakkan aje so aku ambik sedang-sedang saja sama macam Dhiya.

Yup aku memahami sekarang kalau kawan aku kata kopak tengah-tengah bulan sebab selepas + - * / dan diconvertkan ke RM jumlahnya beberapa ringgit lagi nak dekat RM90. Tu dua orang makan,kalau belanja beberapa orang? Memang betul lah.. So nasihat untuk Qashah, sebelum bawak datang draw duit lebih sikit lah~~~~

Happy nampak Dhiya makan sambil senyum, macam budak kecik.. Comel..*ok dah2.. Salah satu pasal Dhiya yang aku suka adalah dia x cover. Sesetengah girl kalau depan lelaki punyalah cover makan, ada tu suap then nak kunyah sampai tutup mulut dengan tangan. Ada pulak ambik nasi separuh senduk padahal dia selalu makan lagi banyak dari tu. Jangan risau kalau dengan aku ye awek-awek sekalian, aku memang suka girl kuat makan..

Siap je makan kami terus balik sebab Dhiya lupa bawa sweater ... Dan aku pulak tadi just pakai baju tee dan jeans je same with Dhiya. Matching lak tuh.. On my way nak balik Dhiya mintak nak pergi kedai-kedai tepi jalan ni tapi ok la tempat tu serba benda jual. Jalan-jalan cuci mata dan makan lagi... Wah kenyang tol~! Dan aku tertarik dengan satu baju lelaki macam baju melayu moden yang ada sulam bahagian depan. Ok angkat...

Jalan lagi dan lagi masuk mall, pergi la butik sebab Dhiya masuk situ. Dia pun pegang la satu baju kaftan moden warna putih with selendang. Aku suruh dia try, dia pun masuk try.. Keluar je,wahh cun jugak baju tuh.. Nice taste lah.. Ok dia angkat, kali ni dia x bagi aku bayarkan. Fine....

Aku pun jalan-jalan dan Dhiya entah kemana, aku tunggu jelah sambil pergi kedai jam. Then aku nampak Dhiya datang, dan ajak balik. Ok kami balik..

(Atas kereta)

Dhiya senyap je so aku bukak MP3 player dan mainkan lagu sambil nyanyi.. tiba kat satu lagu  (lirik dan video aku sertakan di bawah sekali nanti)  Dhiya nyanyi jugak. X sangka pulak dia hafal dowh lirik~! Aku pun nyanyi lah jugak,last habis tu dia gelak-gelak..Happy betul muka dia..

"waa cantik cincin...",

"ibu bagi semalam..hadiah temankan dia", kata Dhiya sambil pusing-pusing cincin tu di jarinya.

"owh ibu bagi...", kata aku sambil mata aku melirik ke jari manis aku. Cincin yang baba bagi 2 hari lepas. Batu permata delima, match pulak tu. Kelakarnya mereka~!!!!! =D

Sampai di rumah aku terus mandi dan salin baju, sebab dan nak masuk Maghrib. Usai semuanya aku pun terus login facebook dan tengok komen Cik Nget.

"abang..nah,thanks Tutti tadi..", kata Dhiya sambil senyum dan dia letakkan beg kertas atas meja  tempat aku online. Aku bukak dan tengok baju tee berkolar polo hitam , cantik gak..Smart~~!

"thanks babe", balas aku ringkas

"ehh abang, tadi Dhiya suka warna baju polo tu. So Dhiya beli kat Dhiya satu. So sama la kita, jangan fikir bukan-bukan ye",

"wahh jujur seyh.. yelah..", aku just senyum. Nampak sangat aku ni kuat perasan~!

Terlekat Melekat : Line internet ni asyik disconnect je..aummm



1 comment:

  1. dah laa giler pemes..

    kuat perasan plak tu..

    :P




    nnt pakai baju polo tu, jgn lupa ambik gmbr~

    ReplyDelete

AJK Stor