Friday 25 November 2011

Permata yang hilang

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....


Entah kenapa malam ni rasa nak update pasal dia.. Serba sedikit kata-kata dan juga kenangan, kepada yang x berminat nak tahu,mungkin entry ni sangat la bosan. So lebih baik [X] je, kepada yang nak tahu.. Terima Kasih.


Lewat perkenalan semasa aku tingkatan 4,dia bukan budak sekolah aku. Tapi dia kerap kali masuk ke sekolah aku,kadang-kadang aku tengok dia di dapur dewan makan dan bila balik sekolah je aku tengok dia naik kereta cikgu dan balik sekali. Aku just tengok je, x ambik tahu pun sebab dulu memang aku x masuk campur urusan orang. 


Satu petang aku dapat tahu budak sekolah jiran (sekolah apa entah) nak pinjam padang sekolah aku bersama-sama peralatan bola jaring dan rugby. Memandangkan aku calon pengawas, so aku fikir tu tanggungjawab aku la. Kawan-kawan aku ramai yang balik sebab minggu tu boleh balik bermalam. So dari pagi aku masuk stor, check barang-barang sebab cikgu pendidikan jasmani punyalah strict. Masak aku kalau ada salah apa-apa nanti. Tengah aku check, punyalah terkejut sebab kat belakang aku ada orang. Nasib baik mulut ni sempat control, aku tengok dia dan aku pun terus buat kerja.


"awak ni melayu kacuk eh?", tanya dia tiba-tiba


"a'a...", jawab aku malas


"kalau awak x pakai baju sekolah, saya x perasan pun la awak ni student. macam cikgu je,tinggi",


Kalau ingat balik kata-kata tu, x ada la salah pun. Tapi aku x tahu kenapa aku baran sangat masa tu, aku bangun dan tutup pintu stor kuat-kuat. Aku tengok dia ada dibalik tiang, aku pun pergi ke arah dia..


 "jangan banyak cakap boleh? aku x tahu la macam mana kau boleh terlepas masuk sini, dah main jauh-jauh",


Ok memang x sopan, tapi tu lah yang terngiang-ngiang di telinga aku ni. Aku rasa aku ni pencinta wanita, tapi awat la ayat aku lagu ni.


Aku pandang atas bawah..atas bawah..Dia pulak tunduk je, aku pun berlalu tinggalkan dia sebab waktu riadah dah nak mula.Aku belum solat Asar lagi, so aku terus la ke bilik dan surau. Alang-alang dah di surau, aku imamkan jelah sebab masa tu ada lagi 2 kawan aku baru nak solat. Seusai solat, kawan-kawan aku pun dah gerak ke padang nak main bola. Aku selalu jadi orang last clear surau, lipat sejadah dan tutup suis kipas. Dengan konfiden terlampau aku selak la langsir belah perempuan sebba nak tutup kipas, terkejut lagi aku tengok ada sorang girl kat situ baru lepas solat dan masih bertelekung solat lagi..


"sorry..sorry...", kata aku spontan. Dia angkat muka sambil sepetkan mata, "muka kawaii". Ok,budak tu lagi.. seram sejuk je aku dengan dia ni!


Hari yang aku tunggu sebab aku akan banyak kerja hari tu. Ramai lah orang dari sekolah sebelah datang, sememangnya yang ramai tu perempuan. Aku pun berjalan la ke padang lepas orang-orang ke padang, aku perasan banyak pasang mata jugak tengok aku. So aku melangkah ke arah seorang cikgu dari sekolah tu untuk dapatkan maklumat berapa barang dia nak. Senang la aku nak suruh abang-abang senior tolong angkatkan barang-barang tu.


Lepas dapat semua maklumat dan barang pun diberi, aku pun gedik la duduk kat tepi bangunan menghadap padang. Nak jugak cuci mata tengok orang main bola jaring dan rugby. Kebetulan pulak aku ada minat sorang awek ni, selalu nampak dia melalui bilik aku. Lembut je orangnya..Sejuk mata aku.. Aku tengok dia main bola jaring, GS x silap aku.


Tiba-tiba mata aku tertangkap seraut wajah yang merah padam, mungkin panas sedang main rugby.


"gila minah ni..rugby dia layan. Ganasss~~!", minah tu adalah minah yang tegur aku masa kat stor sukan.


---------


Akhir tahun tingkatan 4, selesai je exam terus je Qada tido. Datang la kawan-kawan aku masuk bilik aku,diorang stress sebab ada paper yang diorang konfem x full mark.


"rilek je kau tido kan..eii geram dowh",


"lekk ahh, 4.0 dalam tangan la wa cakap lu...", jawab aku sambil mata terpejam. *pengakuan: masa tu memang aku suka cakap besar.


"ye tau la,sentiasa dapat anugerah kowt. tapi kan.. kalau la kau dapat pointer rendah dari haiqal macam mana?", tanya salah sorang kawan aku


"kalau aku 4.0 x kan la haiqal 4.1 kot.. agak-agak la. dia pun 4.0 gak nanti", jawab aku lagi


"kalau kau lagi rendah?",


"ceit~~! korang pesal huh?! cari pasal tima aku letih kenapa?",


"kitorang tanya...kalau rendah?", ulang lagi sambil naikkan kening


"ye..aku belanja korang makan seminggu kot",


"makan..makan ni x nak dah,last-last jadi taik. ada cabaran baru nih",kata sorang yang aku panggil sebagai Arul


Aku naik kening sambil pandang mereka, "kami nak kau kawan dengan sorang budak sekolah sebelah.nama dia Sara... kawan...ubah dia cun punya..",


"mesti salah sorang dari korang nak dia kan?ubah segala...buat la sendiri", aku kembali baring


"kau ada duit la..kalau kau berjaya, aku pergi cakap kat budak yang kau minat tu yang kau minat dia",


"serius kau? ok deal",kata aku gembira ~~~~~~~~~~~~~~~~


*betapa x elok perangai aku masa nih  


-------------


Tahun baru, baju baru, beg sekolah baru, semuanya baru. Semangat sebab tahun ni aku adalah seorang calon SPM!!!! Lepas je salam dengan ibu dan baba, aku pun round-round la kawasan sekolah. Rindu gila! Dari jauh nampak Haiqal dengan cikgu tengah buat apa entah, dengar khabar dia calon Ketua Badan Wakil Pelajar untuk tahun ni. Harap-harap nama aku naik jugak la *memang gila femes aku masa tu


Duduk di taman, segar je rasa. X sabar pulak esok nak pergi kelas, jumpa kawan-kawan. "pap!", bunyi seseorang tepuk bahu aku. Aku pusing belakang, rupanya Arul dan geng seluar londeh. 


"berapa pointer kau?", tanya Arul. Aku pandang muka dia,aku baru teringat pasal cabaran tu. Aduhh!!


"entah,surat x dek pulak sampai. jap lah aku pergi check", lalu aku bangun dan mereka bontoti aku ke papan kenyataan. Cari nama..turun naik..turun naik jari aku mencari nama aku sendiri.


"ni ha... 3.98", kata kawan Arul. Aku spontan pandang dia dan "Haiqal berapa ehh?!",


"sorry ahh Zue, Haiqal 4.0 ... kira cabaran berjalan sekarang dan tamat ikut suka aku", kata Arul lalu tangan aku ditarik seperti bersalam. Mereka berlalu...


"nyesal!!!", detik hati aku. Bukan nyesal sebab cabaran berjalan,tapi nyesal cakap besar.


------


Petang tu duk tunggu mana sorang la girl nama Sara dari sekolah jiran yang x jauh dari sekolah aku. Hampir sejam menunggu last-last aku nampak budak yang menyeramkan tu. Dulu ikat rambut pony tail gitu, sekarang ikat dua pulak.. Selekehnye... So aku decide nak tanya jelah budak tu,mana tahu dia kenal Sara.


"ehh..meh sini jap", aku panggil *punyalah x ada adab. Dan dia datang kearah aku dengan malu-malu.


"kau kenal sesiapa nama Sara? tinggi, kulit putih...", aku tanya tapi dia hanya angguk.


"bagus,tolong aku ye. bagi no hp aku ni kat dia, malam ni suruh dia msg aku. faham?", dan dia angguk lagi.


"ada batu ke dalam mulut kau? nah upah...", aku hulur coklat bar dan berlalu pergi.


Malam....


Menunggu...tunggu..tunggu...x ada sebarang mesej dari nombor x dikenali. Mata dah makin layu, Haiqal pun dah tido. Cuma Haiqal x tahu tentang hal ni,kalau tahu memang masak la. Mata dah x tahan godaan,lalu aku tido.


"wehh bangun lah. nak masuk Subuh dah ni", macam biasa rutin harian Haiqal kejut aku. "ye...5 minit", then aku dengar bunyi pintu ditutup. Tangan aku gagau cari hp nak tengok waktu, tengok je ada 1 mesej. Aku pun bukak la...


"Assalamualaikum awak,bangun subuh ye.. - Sara",


Kemain aku sengih,entah kenapa. Dalam kepala memang ligat la duk fikir next step. Makin cepat siap,makin la cepat aku dapat awek yang aku suka tu. *apesal bodoh yang amat aku masa tu..


Misi berjalan ...


"petang ni nak kirim apa? aku nak outing", kata Haiqal


"aku keluar sendiri,ada hal..", jawab aku sambil kemas buku atas rak.


Haiqal berlalu pergi dan aku keluarkan hp, text Sara nak jumpa di dataran *kalau aku cakap tempat ni,komfem semua tahu sekolah aku.. Dan aku bersiap nak minta kebenaran outing dan iron baju batik.


Sampai di dataran, aku mencari mana Sara. Susah nak tengok sebab dia pakai pakaian biasa, dia bukan sekolah asrama. Duduk minum air,berdiri tengok orang..


"assalamualaikum...sorry lambat",


"wasalam,Sara mana? pakai wakil pulak ke?", tanya aku


"err..saya la Sara. kat sekolah saya je nama Sara, so x silap dah", ok seram sebab budak yang aku duk marah tu rupanya Sara. Macam x ada orang lain~!


--------


Sudah hampir 4 bulan aku bersama Sara, aku x pernah naik status couple tapi dia yang naikkan status bila kami borak. Sentuh? Langsung x la.. aku ni nama je buaya,tapi aku takut tangan aku kotor. 


Sara yang aku ambik yang ikat 2 rambut, pakai selekeh dah x da dah. Semua berubah dah, pandai dah pilih baju nak pakai. Kawan-kawan aku baru bukak mata yang Sara tu cantik, tapi aku x pernah pulak puji.


Makcik aku kat Sabah pun kenal Sara ni sebab aku bawak dia pergi bercuti ke sana,masa hujung minggu. Motif? Xde, sesaje kot atau mungkin saja nak naikkan nama sikit *kan aku dah cakap aku gila femes.


Malam Jumaat, Arul jumpa aku dan kata misi aku dah tamat. Dan dia bagi kat aku no telefon Amy (bukan nama sebenar), katanya Amy dah tahu aku nak kat dia. Suka la aku! Masa tu semua benda pasal Sara aku dah delete. Tumpuan utama jatuh kepada Amy pulak, dan selepas tu Sara aku x layan dah.


Nak jadikan cerita aku ajak Amy keluar, Amy bawak la kawan sebilik dia (rumah sewa rasanya). Rupanya Sara la kawan baik yang dia duk cerita kat aku tu. Aku tengok Sara pucat, aku? Aku buat muka x bersalah jelah *dasar x guna tol.


Beberapa hari selepas tu aku dapat tahu Sara ke luar negara, siapa konvo entah.Dapat tahu dari Amy, tpi untuk apa diberitahu aku x pasti. Lepas je balik dari oversea, Sara mesej nak jumpa aku so kami berjumpa dan amsa tu dia bagi hadiah kat aku. Dan masa tu jugak la aku kata kat Sara yang kita buat macam x pernah kenal sebab aku takut terkantoi dengan Amy.


--------


Seminggu sebelum mula SPM memang aku x contact Amy sehingga hari last SPM. Perasan nak jumpa ni bukan main lagi lah, keluar je dari dewan periksa aku pun dapat mesej dari Amy yang kata nak putus. Rupanya sepanjang aku dan Amy bersama ni, dia dah ada pakwe lain pun. Frust menonggeng *padan muka aku


Selepas tahu result, aku melanjutkan pelajaran ke DCU dan bila habis aku bekerja di salah senuah syarikat di Kelantan. Manakala Haiqal melanjutkan pelajaran ke Amerika dalam bidang perubatan.


Masa ni aku x fikir nak ada relation dengan sesiapa, aku fikir lebih kepada kerja je. Lagipun x ada masa nak mencari. Semasa tu lah aku kenal ramai perempuan dan perangai masing-masing. Pernah juga budak sekolah aku panggil reunion tapi aku menolak,sebab apa aku pun x tahu.


Hampir setengah tahun aku kerja barulah Haiqal habis belajar, tapi masa dia balik cuti kami ada pergi berkelah. Dan masa tengah berkelah tu ada seorang perempuan yang aku selalu nampak time lunch datang pada kami. 


Haiqal tanya siapa dia dan dia just kata , "saya adalah orang yang bagi jam tu pada dia", dia tunjuk pada jam aku. Sentap aku masa tu sebab orang yang bagi jam kat aku adalah Sara!!


------


Selepas jumpa hari tu, kami kerap kali jugak la jumpa sehingga dia kenal ibu aku. Aku pun malas nak gaduh dengan dia so aku buat bodoh jelah. Cikgu aku pernah cakap yang kita x boleh terlalu benci seseorang... So aku pun malas la nak benci.


Aku kena pergi kursus,balik je dari kursus aku dapat tahu berita yang aku dah bertunang. Ibu pinangkan seseorang gadis untuk aku, dan katanya aku x akan menyesal. Dan orang itu sekali lagi adalah Sara. Stress aku~!


Lama kelamaan kami bertambah rapat, dan kami proceed kepada next stage iaitu perkahwinan. Banyak kenangan terindah diukir dalam tempoh yang sekejap tu. Dan perkahwinan kami masa tu kurang dari seminggu rasanya, dan satu hari Sara ada ajak aku untuk ke kedai emas sebab dia langkah bendul. So dia nak bagi kakak dia 1 set barang kemas. Lalu aku pun temankan dia ke kedai emas. Seronok tengok dia tempah ikut citarasa dia.


Selesai semuanya aku suruh Sara keluar dulu sebab anak kunci kereta tertinggal di dalam kedai. Aku pusing nak masuk balik,tiba-tiba aku terdengar jeritan dari Sara. Spontan aku berpusing, badan Sara melayang ke hadapan selepas dirempuh kereta. Sara jatuh beberapa meter dari situ,aku berlari dapatkan dia. Aku rangkul tubuh dia,dan itulah pertama dan terakhir aku sentuh dia.. Dia pergi dalam pelukan aku.. Dia senyum.. Tangan dia sejuk sangat tapi mukanya berpeluh, mungkin tahan sakit. Dia pergi dengan tenang....


Al-Fatihah.....




Terlekat Melekat : nak tahu dengan lebih detail sila terjah ke sini .. Terima kasih kepada yang sudi baca tu. :)

4 comments:

  1. alfatihah..


    Terperasan 1 typo.. 1 je la yg mampu perasan..



    Perlu la abg kacak zuemiey..?
    Aish..

    ReplyDelete
  2. 1 je? wauuu!!!! ada peningkatan ni

    harus la..doa tu walau x ikhlas..ahaa

    ReplyDelete
  3. mkna nya peningkatn kt sy la kan?

    Mula2 nampk satu..
    Pasni nampk lebih dr satu..

    Kehkehkeh

    amiinn..
    Moga kacak itu sntiasa..

    ReplyDelete
  4. kacak..kacak...kacak...waa, bestnyer citer!! bleyh jd novelis... ahadiat pon x sehebat zue.. ape pon, al - fatihah wat sara... takziah!

    ReplyDelete

AJK Stor