Friday 11 November 2011

Permulaan yang baik

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Permulaan yang baik....
bukan aku nak tuju untuk aku dan juga Dhiya[Entry semalam] ,
tapi aku nak tuju kepada kawan aku Qaisara dan juga kawan aku jugak yang telah berjaya move ke step seterusnya dalam hidup yang aku panggil Fiq *sebab nama dia panjang,macam nama aku gak la.


Selamat Bertunang Syafi' ♥♥♥ Qaisara

Aku kenal Syafi' ni masa kursus bahasa seingat aku la bebarapa tahun lepas, orangnya cukup baik dan loving. Masa aku kenal tu, tunang aku masih lagi ada. Selepas setahun tunang aku meninggal, aku pun mula contact dia balik. Tapi masa tu dia dah kerja di USA, sekarang dia pindah sebentar ke Korea Selatan untuk urusan kerja juga. Memang respect lah kat dia ni, kerja je sampai dia terlupa yang dia kena cari soulmate.

"bila bro nak cari soulmate?", aku tanya

"x tahu lah, tolong lah carikan. x pandai la nak cari",

"hai,segak macam ni x kan x laku kot..malas lah cari,nanti x berkenan pulak",

Ni dialog beberapa tahun lepas, dan baru-baru ini seingat aku lepas Hari Raya Aidilfitri aku ada jemput dia datang ke rumah. Tetapi sehari sebelum dia datang aku kena berangakat ke UK kerana ada urgent meeting, so aku dah arahkan ibu dan semua yang ada di rumah untuk layan la macam mana pun.

Kira-kira pukul 10 malam waktu Malaysia, aku dapat call dari Syafi' ni...

"Assalamualaikum", "Waalaikummusalam",

"pa crita ni,ajak pi rumah dia tapi dia x dak pulak",

"aih..bila pulak lidah tu boleh cakap loghat utara ni", sakat aku

"ole-ole utk Zue, bro tinggal kat ibu je",

"depa masak ok?layanan ok?",

"superb yang tu, cuma ni nak tanya ni.. kat rumah tu sedara ke semua?"

"kat rumah tu...? owh,yang girl tu sedara wife Haiqal. bukan sedara Zue",

"nama apa? cantik la.. single?umoq?",

"awat x tanya dia sendiri?",

"malu lah..nanti dia kata orang tua x sedar diri pulak",

"dak aihh... nama dia Qaisara, umoq dia 20 taon. Single tu ....",

"cantik,nampak elok ja orangnya ... terasa la nak kenal"

So bermula dari situ dia kenal la dengan Qai ni..baru je la lagi kan?
Tiba-tiba di satu petang yang redup, meredupkan mata aku jugak, dia call lagi..

"tau ke cerita yang Qai berhenti study kat Indon lama dah? Tapi dia dah dapat tawaran ke UK pulak. Dia kata dekat dengan Zue uni dia tu"

"la, belum sampai lagi cerita tu. xpelah nanti Zue urus la kalau betul"

"hurm..ada apa-apa x cukup biar bro tambah xpe. cuma bro ingat sebelum dia pergi sana, bro nak ikat tanda dulu la"

"ehh jangan terburu-buru bro, kenal la dulu"

"bertunang bagi bro step untuk berkawan dan kawin step untuk bercinta. rasanya macam ni elok, terjaga sikit batas. dia pun akan jaga bila dia tu orang dah tanda"

Maka tersebutlah al-kisah, pada 11.11.11 mereka bertunang. Majlis berlangsung sederhana , cuma aku pasti mesti kurang berseri sebab aku x pergi. * ;)

 Terlekat Melekat : kepada 2 lagi pasangan (kawan aku) yang mendirikan masjid pada hari ni. Selamat Pengantin Baru aku ucapkan. Nantikan hadiah-hadiah untuk korang ye. Doakan aku juga cepat la dapat bini.


3 comments:

  1. Congrate to Syafi & Qaisara...Semoga hubungan diaorg berkekalan ke jinjang pelamin n akhir hayat... =)

    ReplyDelete

AJK Stor