Sunday 13 November 2011

Pernah ke tak?

.... |  Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....


Dalam hidup ni, nak enjoy tu biar berpada. Semua nak kena balance, x nak la kat situ terlebih dan kat sini terkurang. Dan dalam hidup ni juga, kita suka judge orang. Bukan aku nak kata orang lain la, aku sendiri pun suka judge orang. Tapi dalam aku judge orang, aku rasa orang lagi banyak judge aku.


Kita nampak orang tu happy, tapi x semestinya orang tu happy.
So kita nak tahu macam mana?
Kenali lah dia.. kenal macam mana rentaknya sebelum assume. Kalau dah masak dengan perangai dia, lantak la nak assume banyak mana pun.


Ok stop pasal judge sebab x de kaitan dengan tajuk pun.
Pernah ke tak? ~~~~~~~~~~~~~`


Pernah x korang terfikir yang hati resah tu adalah isyarat? Isyarat daripada Allah S.W.T, dan korang patut bersyukur jika hati korang merasa gelisah sebaik sahaja korang buat dosa. Sebab itu menunjukkan hati korang masih belum lagi mati.


Pernah rasa sedih tanpa alasan ?  Ataupun korang rasa terabai walaupun korang dikelilingi oleh ramai orang? 
Kadang-kadang semua tu kita rasa sebab hati kita dah jauh dengan Allah S.W.T. Mungkin Allah S.W.T timbulkan rasa itu kerana Dia rindu dengan kita, Dia nak kita mengadu dengan Dia. Bertuahnya kita~


Allah S.W.T sumber ketenangan hati/jiwa kita. Allah S.W.T anugerahkan nikmat/hadiah itu kepada kita dan kenapa kita nak jauhkan nikmat/hadiah itu daripada Allah S.W.T? Jika jauh,semestinya tidak akan tenang. Maka kembalilah..




Terlekat Melekat : maaf entry tengah malam ni mungkin x best, tapi ni yang terlintas di fikiran aku.

6 comments:

  1. nice..

    tazkirah sebelum tido..

    ReplyDelete
  2. Allah sentiasa sayang & ingat kat hamba-NYA
    tapi hambaNYA yang x pernah sedar diri..huhuuh

    ReplyDelete
  3. a'a,hamba-Nya je x prnh sedar diri dan sedar erti syukur dan terima kasih

    ReplyDelete
  4. like ~ ingat-mengingatkan ant satu sma lain mmg tggjwb semua mnusia dlm bumi ni...thanks bro..muhasabah diri buat semua...

    ReplyDelete

AJK Stor