Wednesday 23 November 2011

Ujian lisan ataupun bertulis?

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....




Semalam x sempat nak update,banyak kerja tambahan mengantuk. Hari ni on awal sikit sebab nak update,tu lah tugas blogger rasanya x kira lah blogger part-time ataupun full-time. Ketagihan untuk update walaupun sebaris ayat masih lagi ada...


Sejak dari tadika hingga ke universiti, kita diuji dengan ujian. Sama ada secara lisan mahupun bertulis, maka ada pelajar yang berjaya dengan cemerlang dan ada juga yang kurang cemerlang. Itu ujian yang kita kena membaca,buat latih tubi dan sebagainya. 


Tapi, macam mana pulak dengan ujian yang datangnya dari Allah? Lisan? Atau bertulis? 


Apabila ujian dari Allah datang, kerap kali manusia mengeluh *sama macam aku. Soalan yang keluar dari fikiran dan terbit di bibir akan bermula dengan "Kenapa .... ?" 


Aku,
manusia yang mungkin kurang rasa syukur atas nikmat,
manusia yang mungkin banyak ketawa dari senyap,
manusia yang banyak khilaf dan sentiasa alpa dengan semua perkara.


Aku,
anak yang aku rasa sentiasa memuja ibu dan bapanya,
anak yang sentiasa membuat ibu bapa senang mungkin,
anak yang sentiasa ingin kehangatan kasih sayang.


Tapi...


Aku,
bukan seorang kawan yang baik,
bukan seorang sahabat yang mampu menghulurkan tangan dalam semua perkara,
bukan seorang teman yang sempurna pada realitinya.


Dalam diri ni,banyak yang x elok dari yang elok. Mungkin yang elok sudah kian lupus, dan yang x elok kian bercambah. Kadang kala aku terfikir ada eloknya juga aku diberi ujian sebegini, membuatkan aku berfikir dimana lubang-lubang yang makin lobos dalam diri aku yang membuatkankan ada angin luar yang dapat menembusi. Aku terus mencari *korang faham ke apa aku melalut ni?


-----------


Jika dalam hidup tiada ujian,rasanya x best. Ye ke? Mungkin x best bagi orang yang betul sedia, tapi bagi yang belum bersedia ni macam mana? Bisikkan pada hati yang berduka, "hey hati...hey jiwa..Allah ada bersama kita..dekat..Dia juga sudah berjanji kan, ingat x?",


"dan pasti Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, dan kekurangan jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar" surah Al-Baqarah ayat 155.


Allah bagi kita ujian, tapi Dia x kejam sebab Dia bagi kita ujian bersertakan cara penyelesaian. Tapi kita x nampak dengan mudah, kita kena usaha sebab caranya hanya hati kita yang nampak.Dengan kata lain,dalaman kita. Dia tahu kita mampu, sebab tu dia bagi kita ujian macam tu..


"ahhh tipu...kau tipu.... aku x mampu nak hadapi. Tapi kenapa Allah bagi jugak? kau tipu!!"


"hey..Allah dah kata kan....dan Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada Kami ada satu catatan yang menuturkan dengan sebenarnya, dan mereka tidak dizalimi (dirugikan)" tu dah dinyatakan dalam surah Al-Mu'minun ayat 62",


------


Sebagai kawan,sahabat,teman yang baik dan prihatin terhaap rakan yang mempunyai masalah, kita selalu katakan,


"sabarlah, Allah uji kamu sebab kamu terpilih. Dia sayang kamu sebab tu kamu diuji"


Maka, diasaat kamu diuji kenapa kamu lupa dengan kata-kata ini? Buktikan sekarang kamu juga boleh hadapinya sebab Allah sekarang sedang uji kamu. Dia sayang kamu!!


Allah bagi itu.. bagi ini... dan kamu minta pulak sebegitu maka Dia bagi lagi. Tamak kan? Bila suka lupa Allah,bila ada masalah cari Allah. Tak sedar diri kan? Dasar x malu~! Semua benda nak, tapi bila Allah nak uji sedikit je kita terus bising. Ada give adalah take, x begitu?


Macam yang telah disebut dalam surah Al-kahfi ayat 7, " sesungguhnya kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya untuk kami menguji mereka, siapakah diantara mereka yang terbaik perbuatannya" .




------


SYURGA , aku inginkannya. Kamu? Ya, sama je sesiapa pun. Itu matlamat utama, menjejakkan kaki ke sana. Tapi siapa yang berjaya? Mereka, orang-orang yang menjawab Tuhan kami adalah Allah S.W.T.  Orang-orang yang beristiqamah sentiasa , x ada rasa bimbang mahupun bersedih hati. Orang-orang ini Allah dah janjikan syurga untuk mereka, mereka akan jadi penghuni tetap. X percaya? Buka Al-Quran dan ada dinyatakan dalam surah Al-Ahqaf ayat 13-14 bermaksud,  " sesungguhnya orang-orang yang berkata,'Tuhan kami adalah Allah', kemudian mereka tetap istiqamah, tidak ada rasa khuatir pada mereka dan mereka tidak(pula) bersedih hati. Mereka itulah para penghuni syurga, kekal di dalamnya; sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan".


Kita ni tergolong macam golongan kat atas tu ke? Senyum bangga jika ya, usaha lagi jika masih belum termasuk dalam list. Aku taip untuk diri aku dan pembaca, ada kesalahan sila mentionkan.




Terlekat Melekat : blur dari pagi,bila update blog mesti title x macam isi..LOL







3 comments:

  1. walau title xmacam isi tapi menarik dan ada manfaatnya
    :-)

    ReplyDelete
  2. miss : terima kasih...sgt!


    Hans : thanks sudi baca :)

    ReplyDelete

AJK Stor